Geografi Itali
Geografi Itali

Geografi Itali

Itali terletak di Eropah Selatan dan merangkumi Semenanjung Itali yang panjang, di sebelah selatan Alps, dataran besar Lembah Po dan beberapa pulau termasuk Sicilia dan Sardinia. Walaupun Corsica berasal dari wilayah geografi Itali, ia telah menjadi sebahagian daripada Perancis sejak 1769. Itali ialah sebahagian daripada Hemisfera Utara. Dua kepulauan Pelagie (Lampedusa dan Lampione) terletak di benua Afrika.Luas keseluruhannya adalah 301,340 km2 (116,350 bt2), iaitu 294,140 km2 (113,570 bt2) daratan dan 7,200 km2 air (2,780 bt2). Ia terletak di antara latitud 35° dan 48° N, dan longitud 6° dan 19° E.Itali bersempadan dengan negara Switzerland (698 km atau 434 bt), Perancis (476 km atau 296 bt), Austria (404 km atau 251 bt) dan Slovenia (218 km atau 135 bt). San Marino (37 km atau 23 bt) dan Kota Vatican (3.4 km atau 2.1 bt) adalah enklaf. Panjang keseluruhan sempadan ialah 1,836.4 km (1,141.1 bt).

Geografi Itali

• Darat 97.61%
Benua Eropah dan Afrika (Lampedusa dan pulau Lampione)
Koordinat 42°00′N 12°05′E / 42.000°N 12.083°E / 42.000; 12.083Koordinat: 42°00′N 12°05′E / 42.000°N 12.083°E / 42.000; 12.083
Sempadan Jumlah sempadan darat
1836.4 km
Sungai terpanjang Sungai Po
652 km
Rantau Eropah Selatan
Titik tertinggi Mont Blanc
4,810 m
Garis Pantai 7,600 km (4,700 bt)
• Air 2.39%
Tasik terbesar Tasik Garda
370 km2 (140 bt2)
Titik terendah Jolanda di Savoia
-3.44 m
• Jumlah 301,339 km2 (116,348 bt2)